Program Latihan Sukarelawan (Fasilitator)

Training of Trainers (Facilitator)

latar belakang

Bagi yang berminat, mereka perlulah diberikan ilmu untuk menjadi seorang sukarelawan, dan dalam konteks YATIM, sukarelawan adalah seorang fasilitator. Ilmu ini sangat penting memandangkan kumpulan sasar mereka adalah terdiri dari anak-anak yatim yang masalahnya agak unik. Sehubungan dengan itu, Bengkel ini adalah bertumpu kepada pemberian dan melengkapkan fasilitator ini dengan kemahiran yang sewajarnya untuk melatih anak-anak yatim. Secara tidak langsung kemahiran yang diperolehi ini boleh mengubah diri mereka melalui amalan menjayakan program yang boleh memberi kesan kepada komuniti sekeliling mereka dan seterusnya mewujudkan suasana harmoni di tanah air.

Matlamat

Matlamat utama program ini adalah untuk mendedahkan para peserta tentang peranan seorang fasilitator. Selain dari itu peserta program akan diberi maklumat, ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan sebagai seorang fasilitator dalam konteks melatih anak-anak yatim.

Objektif

  • Mendedahkan akan kepentingan kerja kesukarelawanan dan kesannya ke atas diri, keluarga, masyarakat dan juga negara.
  • Menanam minat para peserta untuk menjadi seorang fasilitator melalui latihan kemahiran fasilitator.
  • Mewujudkan semangat kekitaan fasilitator (Team Building) untuk membolehkan para fasilitator berkerjasama secara berkumpulan yang terarah.
  • Menguatkan jatidiri para peserta melalui aktiviti kepemimpinan, stress management dan penyelesaian masalah (Copping Skills).