Kelab Alumni YATIM

latar belakang

YATIM sedang berusaha mengumpulkan kembali bekas peserta program YATIM. Matlamat utama penubuhan alumni ini adalah untuk menyediakan satu pengkalan data bagi melihat perkembangan anak-anak yatim yang menyertai program anjuran YATIM.

Objektif

  • Maklumat yang diperolehi melalui database akan digunakan untuk merancang program-program baru YATIM sama ada untuk YATIM sendiri atau untuk para alumni. 
  • Para alumni yang berjaya boleh dijemput untuk menjadi penceramah dan berkongsi pengalaman kejayaan mereka dengan anak-anak yatim lain sebagai sumber inspirasi.

 

  • Dan bagi alumni yang masih mencari halatuju, YATIM boleh bertindak sebagai agensi pemberi nasihat dengan membantu bekas peserta ini mengikuti program-program kemahiran, keusahawanan, kerjaya dan lain-lain program; memandangkan YATIM sudah mempunyai rangkaian kenalan yang meluas di seluruh Malaysia.