PROGRAM

FALSAFAH DAN PENDEKATAN PROGRAM YATIM

KAEDAH LATIHAN
Pembangunan anak yatim ini mestilah selari dengan perkembangan pendidikan terkini. Kegagalan kita memberikan perhatian kepada aspek ini bolehlah dianggap sebagai kegagalan kita membentuk anak yatim berilmu dan berakhlak. Oleh itu, kepelbagaian program adalah perlu untuk mempertingkatkan potensi dan keberkesanannya, agar para peserta program kelak berupaya mengguna pakai atau mengaplikasikan pengisian yang diberikan untuk manfaat diri dan masyarakat sekeliling mereka. Kesemua program latihan anak yatim adalah bersandarkan kepada Konsep Asas Latihan, iaitu: Kajian Keperluan Latihan, Objektif, Pendekatan, Pelaksanaan dan Penilaian.

PROGRAM PEMBANGUNAN
Program-program pembangunan adalah program berkala dan berstruktur (tailor made) YATIM. Program ini adalah program berimpak tinggi (High Impact Learning Program) yang mengambil kira aspek pembangunan dan perkembangan potensi diri anak-anak yatim untuk satu tempoh yang ditetapkan. Pemantauan berterusan akan dibuat ke atas mereka sepanjang dan selepas program dilaksanakan.

PROGRAM PENDIDIKAN
Program-program pendidikan adalah program jangka masa pendek dan tidak berkala (Low Impact learning Program). Program ini adalah program one off, yang memberi pengkhususan kepada peningkatan pencapaian akademik, fokus kepada peluang-peluang pendidikan selepas SPM, pendedahan awal kepada kerjaya dan program-program kemahiran. Selain itu program OYES juga memberi fokus kepada peningkatan motivasi dan pengukuhan jatidiri dikalangan para peserta. Program dijalankan sama ada berbentuk seminar/bengkel sehari dan program perkhemahan/bengkel tiga hari dua malam bergantung kepada kesesuaian dan keperluan peserta.