TANGGUNGJAWAB ANDA

pembabitan anda BERSAMA YATIM

RASIONAL 
Membuat kerja kebajikan adalah sebahagian daripada ‘instinct’ atau naluri yang wujud dalam diri manusia. Tetapi tidak semua manusia menampilkan naluri semulajadi sebagai suatu amalan lazim seperti makan, minum, tidur dan lain-lain. Ini dapat dilihat daripada lebih 30 juta rakyat Malaysia, hanya segelintir yang sanggup untuk ke hadapan dengan penuh rasa tanggungjawab serta cinta untuk menyumbang dan melaksanakan kerja-kerja kebajikan.

Pembabitan komuniti dengan YATIM boleh dikategorikan kepada 2 bahagian. Yang pertama sebagai sukarelawan dan kedua sebagai penaja samada program atau peserta (anak-anak yatim).