Sukarelawan YATIM

ANDA DIJEMPUT MENJADI SUKARELAWAN YATIM

DEFINISI SUKARELAWAN 

Bagi yang berminat, anda perlulah diberikan ilmu untuk menjadi seorang sukarelawan. Dalam konteks YATIM, sukarelawan adalah seorang fasilitator. Ilmu kefasilitatoran ini adalah penting memandangkan kumpulan sasar mereka adalah terdiri daripada anak-anak yatim yang masalahnya agak unik. Dapatan kajian menyatakan masalah utama anak-anak yatim di Malaysia bukanlah keperluan fizikal seperti makanan dan pakaian tetapi tiadanya halatuju, kurangnya keyakinan diri dan harapan untuk berjaya dalam hidup. Sukarelawan akan dilengkapkan dengan kemahiran yang sewajarnya untuk melatih dan mendekati anak-anak yatim ini.

Sila muat turun borang sukarelawan dan hantar kepada YATIM, bagi yang terpilih akan dipanggil untuk menjalani latihan sebagai seorang fasilitator. YATIM menggalakkan penuntut institusi pengajian tinggi untuk turut serta. Namun peluang menjadi fasilitator terbuka juga kepada semua lapisan masyarakat.

unity-1767694_1280