Program HOPE (Holistic Potential Enhancement Program)

latar belakang

HOPE  adalah satu program jangka panjang selama 2 tahun yang dirangka khusus untuk anak-anak yatim tingkatan 4 sekolah harian bagi daerah terpilih. Program ini akan membabitkan 120 orang peserta daripada 12 buah sekolah daerah-daerah yang terpilih. Pengisian untuk tahun pertama (tingkatan 4) ini adalah menjurus kepada pembentukan sahsiah diri, pengukuhan nilai jatidiri, kemahiran belajar dan  penyelesaian masalah. Manakala, tahun kedua program lebih menjurus kepada Pecutan akhir SPM, iaitu seminar subjek terpilih bersama guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kubu Bharu, Selangor dan perancangan selepas menamatkan peperiksaan SPM.

Matlamat

Membentuk dan meningkatkan budaya pencapaian kecemerlangan di kalangan anak-anak yatim melalui program-program sistematik dan berkala, yang menjurus kepada pembudayaan nilai-nilai murni, kecemerlangan dalam akademik, kemahiran hidup dan ketahanan diri/mental (will power).

Objektif

Meningkatkan keperibadian dan jatidiri pelajar, yang bermaksud meningkatkan perkara-perkara berikut:

  • Nilai, akhlak dan moral (kerohanian, amanah serta nilai positif lain);
  • Kemahiran insaniah (komunikasi, kerja sepasukan, dan membuat keputusan);
  • Kecemerlangan akademik (menguasai subjek-subjek SPM terpilih, seterusnya bersaing dengan pelajar lain secara sihat); dan
  • Kebolehpasaran dalam pendidikan akademik atau pun teknikal melalui pencapaian keputusan SPM yang lebih baik.
  • Jika berkebolehan, penerapan nilai-nilai keusahawanan.