Program Alumni Fasilitator YATIM
latar belakang
YATIM sedang berusaha mengumpulkan kembali bekas fasilitator program-program YATIM. Matlamat utama penubuhan alumni fasilitator YATIM ini adalah untuk menyediakan satu pengkalan data bekas peserta bagi melihat perkembangan mereka yang membantu menjayakan program-program YATIM.
Rasional
- Kebanyakan fasilitator adalah terdiri dari guru-guru dan pelajar IPTA dan IPTS. Secara amnya fasilitator ini adalah dari golongan berpendidikan tinggi.
- Bekas-bekas fasilitator YATIM adalah kumpulan yang mendapatkan manfaat secara tidak langsung dalam mengendalikan program-program anjuran YATIM.
- Mereka belajar mengurus dan mengendalikan program-program yang dianjurkan oleh YATIM secara usahasama dengan IPTA dan agensi-agensi lain.
- Secara tidak langsung mereka juga belajar meningkatkan soft skills dan kemahiran kepemimpinan. Ini meningkatkan kebolehpasaran mereka di dalam industri pekerjaan.
- Selepas menamatkan pengajian hampir keseluruhan mereka telah menjawat jawatan yang baik sama ada di sektor awam dan juga swasta.
- Manakala kebanyakan guru-guru yang menjadi sukarelawan YATIM juga telah mendapat kenaikan pangkat.
- Kedudukan dan jawatan mereka setelah 10-17 tahun ini membolehkan mereka menyumbang khidmat kepada YATIM.
- Sehingga kini terdapat bekas fasilitator yang menyumbang khidmat dan idea dalam membantu YATIM walaupun telah meninggalkan YATIM 5 tahun dahulu.