Program Opening Young Eyes (OYEs) Menara Gading

latar belakang

Program ini dirancang untuk meningkatkan kesedaran anak-anak mereka mengenai peluang-peluang melanjutkan pelajaran selepas peperiksaan. Diharapkan maklumat yang diperolehi oleh mereka melalui seminar ini akan membolehkan mereka merancang perjalanan cita-cita mereka berdasarkan keputusan peperiksaan dan minat masing-masing. Ia juga adalah sebahagian daripada siri program perkembangan diri pelajar sebagai usaha kita untuk memperkembangkan potensi diri mereka ke tahap yang sewajarnya bagi kehidupan akan datang.

Dalam program ini para pelajar akan dipandu menyiapkan diri dalam persediaan emosi, mental dan fizikal untuk menghadapi peperiksaan, subjek-subjek yang perlu diberi perhatian selaras dengan kehendak-kehendak kursus dan tempat-tempat yang menawarkan kursus tersebut.

Matlamat

Matlamat utama program ini adalah untuk mendedahkan para pelajar kepada peluang-peluang untuk melanjutkan pengajian tinggi yang ditawarkan oleh IPT selepas SPM. Maklumat ini amat perlu bagi penuntut yang kurang baik pencapaian akademiknya. Peluang-peluang pembiayaan pinjaman yang ditawarkan oleh agensi dan badan kerajaan juga diperjelaskan kepada para peserta program ini.

Objektif

  • Membimbing dan membantu para pelajar dalam membuat persediaan memilih subjek-subjek yang menjadi keutamaan IPT selari dengan cita-cita pelajar tersebut.
  • Mendedahkan para pelajar akan peluang-peluang untuk melanjutkan pelajaran selepas peperiksaan SPM tidak kira apa juga keputusannya.
  • Meningkatkan keyakinan diri para pelajar dengan membekalkan ilmu pengetahuan dan hala tuju.
  • Membantu para pelajar agar dapat melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat menara gading serta mendapat kelulusan ijazah profesional dalam pelbagai bidang dengan cemerlang.