Program Opening Young Eyes (OYEs) Kerjaya

*Perhotelan*Automotif*Media*Saham*Pertanian*Perkapalan*

latar belakang

Salah satu usaha meningkatkan kesedaran anak-anak yatim mengenai peluang-peluang kerjaya selepas melanjutkan pelajaran di peringkat IPT atau ILK, maka program ini dirancang untuk tujuan tersebut. Diharapkan maklumat yang diperolehi oleh mereka melalui program ini akan membolehkan mereka merancang perjalanan cita-cita mereka berdasarkan persijilan dan minat masing-masing. Ia juga adalah sebahagian daripada siri program perkembangan diri pelajar sebagai usaha kita untuk memperkembangkan potensi diri mereka ke tahap yang sewajarnya bagi kehidupan akan datang.

Matlamat

Matlamat utama program ini adalah untuk mendedahkan para pelajar tentang peluang-peluang untuk melanjutkan pengajian tinggi yang ditawarkan oleh kerjaya selepas SPM atau selepas pengajian peringkat tinggi. Maklumat ini amat perlu bagi peserta program. Peluang-peluang kerjaya dan keperluan kelayakan yang dikehendaki oleh agensi swasta dan badan kerajaan juga diperjelaskan kepada para peserta program ini.

Objektif

  • Membimbing dan membantu para pelajar dalam membuat persediaan memilih subjek-subjek yang menjadi keutamaan kerjaya selari dengan cita-cita pelajar tersebut.
  • Mendedahkan para pelajar akan peluang-peluang untuk melanjutkan pelajaran selepas peperiksaan SPM tidak kira apa juga keputusannya.
  • Meningkatkan keyakinan diri para pelajar dengan membekalkan ilmu pengetahuan dan hala tuju.
  • Membantu para pelajar agar dapat melanjutkan pelajaran dari peringkat persijilan sehinggalah ke peringkat menara gading serta mendapat kelulusan ijazah profesional dalam pelbagai bidang dengan cemerlang.