Program LEAD (Leadership Excellence and Development Program)

latar belakang

Mencari dan mencungkil potensi kepemimpinan masa depan memerlukan pelbagai pendekatan khusus. Kerana kepemimpinan adalah satu tanggungjawab besar yang merangkumi keperibadian terhadap diri sendiri dan khidmat kepada keluarga, masyarakat, agama dan negara. Pemimpin juga adalah penggerak masyarakat ke arah kemajuan dan bukan pengambil kesempatan dengan kuasa yang ada sebagai pemimpin untuk kepentingan diri dan keluarga.

Untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya, seseorang itu mesti mempunyai jatidiri yang kukuh. Terdapat sekurang-kurangnya enam kriteria jelas dalam diri seorang pemimpin, iaitu hala integriti, tuju, motivasi, ilmu pengetahuan, keyakinan diri, kemahiran sosial dan berorganisasi.

Matlamat

Program LEAD bertujuan melahirkan dan mencerna bakat kepemimpinan dari kalangan anak-anak yatim yang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Objektif

  • Melatih para peserta untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kepemimpinan; dan 
  • Pendedahan dan persedian awal kepada kepemimpinan di peringkat kolej dan universiti.

Siri 1 – Pemantapan Individu
Siri 1 program akan tertumpu kepada pembinaan dan pengukuhan sahsiah dan jatidiri para peserta yang terpilih. Ini proses pertama dalam memberikan kefahaman dan falsafah kepemimpinan yang jelas kepada para peserta. Untuk fasa 1 ini pengisian program akan dijalankan dalam masa setahun yang merangkumi pengisian seperti berikut:
• Nilai-nilai murni
• Komunikasi
• Pemikiran kreatif dan kritis
• Teambuilding
• Penyelesaian masalah
• Kepemimpinan

Siri 2 – Pengukuhan Pasukan dan Organisasi
Siri 2 program fokus kepada kerjasama berpasukan dan cara-cara bekerja dalam satu kumpulan, di mana para peserta yang berpotensi akan diminta untuk memegang jawatan di peringkat persatuan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Peserta akan dilatih untuk mengendalikan program atau tugasan yang diberikan dan bergerak dalam satu kumpulan. Seterusnya, dalam waktu yang sama para peserta akan diberikan latihan yang merangkumi pengisian berikut :
• Penyediaan kertas kerja
• Effective team leadership
• Penyelesaian konflik pasukan
• Patriotisme

Siri 3 –  Khidmat Komuniti
Siri 3 pula akan fokus dengan pembabitan para peserta dengan organisasi luar atau masyarakat. Ia bermula pada siri program terakhir dengan kerjasama dari badan bukan kerajaan dan persatuan di peringkat negeri dan daerah. Dalam waktu yang sama para peserta akan dilatih untuk meningkat keupayaan kepemimpinan dengan pengisian berikut:
• Teknik pengucapan awam
• Kemahiran perundingan
• Pengurusan dan penyelarasan projek
• Perancangan dan pemikiran strategik