Program Mentoring Pathways
latar belakang
Program berkonsepkan sesi perjumpaan (engagement) berterusan antara anak-anak yatim dan sukarelawan (mentor) yang terpilih. Pertemuan berkala dirangka untuk kedua-dua entiti di mana pertemuan boleh dibuat secara bebas dan berdasarkan keperluan semasa bergantung kepada perkembangan diri anak-anak yatim. Namun begitu, untuk setiap pertemuan akan disediakan pengisian/input berguna yang boleh membantu meningkatkan perkembangan diri para peserta. Program akan dijalankan selama 1 ½ tahun dari akhir tingkatan 4 sehingga anak-anak yatim berjaya ditempatkan di IPT atau ILK.
Kenyataan Masalah
- Anak-anak yatim dikesan masih lagi mengalami kelemahan jatidiri.
- Setiap sekolah mempunyai nisbah seorang kaunselor untuk 500 pelajar. Kaunselor tidak mampu memberi tumpuan hanya kepada anak-anak yatim sahaja.
- Program motivasi 3 hari 2 malam belum memadai membantu anak-anak yatim berubah secara keseluruhan.
- Tiada program khusus di sekolah yang memberi fokus kepada perkembangan diri dan akademik anak-anak yatim secara berkala.
- Anak-anak yatim memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan berkala/berterusan untuk menguatkan jatidiri dan mengatur hala tuju masa hadapan mereka.
Objektif
- Meningkatkan keyakinan diri pelajar dengan meningkatkan ilmu pengetahuan dan penetapan hala tuju hidup (mindset).
- Memberi khidmat nasihat dan dorongan berterusan kepada anak-anak yatim menghadapi kehidupan sebagai insan berguna dan cemerlang.
- Membimbing dan membantu anak-anak yatim dalam membuat persediaan memilih subjek-subjek yang menjadi keutamaan kemasukan ke IPT dan ILK selari dengan cita-cita dan kemampuan mereka.
- Membimbing dan memberi khidmat nasihat kepada para pelajar akan peluang-peluang untuk melanjutkan pelajaran selepas peperiksaan SPM, tidak kira apa juga keputusannya.