Program SHAPE (Sabah)
Shaping Their Future
latar belakang
Program SHAPE adalah program penempatah pelajar ke Institusi Latihan Kemahiran (ILK) di Sabah. Terdapat banyak kekosongan program latihan kemahiran yang memerlukankan penyertaan dari pelajar-pelajar lepasan SPM. Manakala di satu sudut pula majoriti pelajar lepasan SPM yang tidak berpeluang untuk memasuki Institut Pengajian Tinggi, gagal mencari peluang-peluang lain untuk menyambung pengajian mereka selepas SPM. Ini mungkin disebabkan makalumat yang sepatutnya tidak sampai kepada pengetahuan para pelajar ini. Sehubungan itu, YATIM akan menjadi pemudahcara menyatukan kedua-dua entiti ini untuk kebaikan bersama.
Kenyataan Masalah
- Anak-anak yatim dikesan masih lagi mengalami kelemahan jatidiri/mindset.
- Anak-anak yatim memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan secara berkala/berterusan untuk menguatkan jatidiri dan mengatur hala tuju masa hadapan mereka.
- Data menunjukkan hampir 100,000 pelajar tidak menyambung sebarang pelajaran selepas SPM di seluruh negara. ‘Keciciran’ dari sistem pendidikan Negara ini amat membimbangkan.
Objektif
- Mengumpul data anak-anak yatim di Malaysia bagi tujuan penempatan di institusi pendidikan kemahiran terpilih untuk memastikan tiada anak yatim yang keciciran dalam pendidikan selepas menamatkan pengajian di peringkat sekolah.