Program-Program Usahasama dan Tajaan
Program
jelajah perihatin Bersama MBSA - kedah
Objektif
- Membantu meringankan beban keluarga/penjaga untuk menyediakan persiapan dan keperluan makanan keluarga.
- Memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong, bantu-membantu sesama masyarakat serta berganding bahu dengan badan bukan kerajaan dalam menjaga kebajikan anak-anak miskin, fakir dan yatim.
- Menukar perspektif masyarakat bahawa untuk membantu anak-anak miskin, fakir dan yatim, pengisian pendidikan dan kebajikan perlu diselaraskan kerana pendidikan sahajalah yang boleh menjamin masa depan mereka.
- Meningkatkan penyertaan sektor swasta di dalam program-program kebajikan melalui tajaan dan derma yang boleh disalurkan melalui program sebegini. Tajaan dan derma ini boleh diberikan dalam bentuk barangan dan kewangan
Program
pembangunan pelajar beketrampilan - maiwp
Objektif
- Memberi kesedaran kepada pelajar bahawa mereka mempunyai peranan besar dalam mengisi ruang pembangunan negara.
- Untuk menanam semangat cintakan negara (patriotisme) serta sanggup mengenepikan agenda peribadi demi negara yang tercinta.
- Untuk mengukuhkan kualiti, menambahkan ilmu akademik dan kemahiran, khususnya dalam persediaan menghadapi cabaran masa depan.
- Membantu negara melahirkan barisan generasi pelapis yang akan menjadi pengerak pembangunan insan pada masa akan datang.
program
pembangunan asnaf - lzs
Objektif
- Pembudayaan amalan nilai-nilai murni di kalagan para pelajar asnaf yang berumur antara 11-17 tahun.
- Memupuk keyakinan diri untuk berinteraksi dengan rakan-rakan dan kepentingan bekerja dalam kumpulan.
- Menghindari gejala-gejala negatif yang boleh merosakan diri.
- Mendidik sahsiah diri menjadi insan cemerlang.
- Bermotivasi untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran; dan
- Meningkatkan kemahiran belajar